Nov18
Persiapkan Waris RM1.2 juta Sebelum Mati
Mohd Zulkifli Shafie
Rencana

Disaat saya tulis artikel ni, saya dah ‘persiapkan’ untuk waris RM1.2 juta (walaupun saya belum jutawan) kalau saya kembali kepada Tuhan di waktu saya masih muda. Sebenarnya, kita tak perlu jadi jutawan untuk pastikan waris ada ‘harta’ yang cukup mereka survive setelah pemergiaan kita. Toolsnya ialah lindungan takaful!
Bagi orang ‘muda’ seperti saya, risiko terbesar kematian dikalangan orang muda adalah disebabkan KEMALANGAN, bukan KESIHATAN. Walaupun saya dah bersedia dengan lindungan takaful untuk "kesihatan", saya bagi perhatian besar pada lindungan "kemalangan".
Tinggalkan Waris Dengan Beban Hutang?
Saya rasa terpanggil untuk tulis artikel ni lepas pemergian seorang sahabat saya pada awal tahun ni disebabkan kemalangan jalan raya. Beliau tinggalkan seorang isteri, 5 orang anak kecil, dan ‘beban hutang’ sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh waris.
Masa tu saya fikir, kalau aku pesan pada dia pasal lindungan takaful masa berziarah ke rumah dia dua bulan sebelum dia meninggal, at least waris dia tak lah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah sedih dengan pemergian dia, ditambah lagi dengan beban hutang yang besar terpaksa ditanggung, hingga ‘sesak dada’ memikirkannya.
Modal Jana RM5,000 Sebulan Tanpa Bekerja
Untuk pastikan isteri saya tak perlu fikir pasal duit sepeninggalan saya, saya siapkan lindungan takaful Personal Accident (Kemalangan Diri) sekitar RM1.2 juta. Dia tetap akan kehilangan suami, tapi dia tak hilang sumber pendapatan.
RM1.2 juta tu sebenarnya cukup untuk jana passive income at least RM5,000 sebulan selama-lamanya, tanpa perlu bekerja, tanpa sentuh pun duit RM1.2 juta tu walaupun 1 sen. Caranya ialah laburkan duit RM1.2 juta di tempat yang selamat, berisko rendah dengan pulangan sekurang-kurangnya 5% setahun, seperti Tabung Haji.
Kos ‘Membeli’ Lindungan Takaful
"Berapa ‘premium’ insurannya?"
Takaful Personal Accident murah jer, cuma RM100 setahun untuk setiap lindungan RM100,000. Kita boleh dapatkan cover RM10,000 dengan bayaran serendah RM10 setahun. Tapi tak ada mana-mana takaful yang bagi cover sehingga RM1 juta kecuali income bulanan kita lebih RM10,000 sebulan. So, untuk cukupkan cover, kita kena ambik cover daripada beberapa takaful. Contohnya lindungan RM400,000 dari Takaful Ikhlas, RM400,000 dari BSN Prudential, dan RM400,000 dari Takaful Malaysia. So, total cukuplah RM1.2 juta.
Dan berita lebih baik, biasanya mana-mana syarikat (majikan) dah sediakan lindungan takaful atau insurans untuk kakitangan. Mungkin jumlah covernya sehingga 3 tahun ataupun 5 tahun pendapatan. So, kalau nak cukupkan RM1.2 juta, just top-up jer lah.
Penyumbang Takaful, Untung Kiri Kanan
"Kalau tak claim, rugilah duit bayar takaful tu?"
He he he… kekadang saya rasa kelakar bila orang cakap macam tu. Bagi saya, dua-dua untung. Claim untung, tak claim pun untung. Bila claim, maksudnya kita dah mati. Apa untungnya waris kalau kita mati? RM1.2 juta tu bukan nilai sebenar nyawa kita. Kalau boleh dibeli, saya pasti waris kita tak nak duit tu.
Kalau tak claim, kita tetap untung. Pertamanya, kita tak mati ataupun hilang upaya. Keduanya, ramai orang tak sedar, duit yang kita bayar untuk takaful tu adalah tabarru’ yang bermaksud “sedekah”. Duit tu adalah sedekah, dan sedekah tu salah satu jalan mengundang rezeki daripada Allah. Duit tu juga akan jadi saham di hari kehidupan yang kekal selamanya, iaitu Akhirat. So, tak ada istilah duit burn sebab bayar takaful!
Takaful Untuk Perlindungan, Bukan Simpanan
Kos saya bayar sumbangan takaful sebulan at least RM100 sebulan, dan duit tu pure tabarru’ (sedekah), bukan saving. Saya tak buat saving melalui takaful sebab pulangannya sangat minimum berbanding saving di tempat lain.
Selain dari Personal Accident, saya juga ambik lindungan kesihatan, dan Takaful Kesihatan kosnya lagi mahal daripada Personal Accident. Kalau Personal Accident, kosnya cuma RM100 setahun (untuk cover RM100,000), tapi untuk kesihatan, kosnya at least RM50 – RM100 sebulan. Itu terpulang pada bajet masing-masing.
Saya Bukan Ejen Takaful atau Insurans
Ringkas cerita, saya syorkan semua sahabat cek balik lindungan takaful masing-masing. Jangan anggap ianya remeh. Saya yakin, kalian cuma akan percaya yang ianya penting bila musibah betul-betul terkena pada kalian, ataupun orang terdekat dengan kalian. Dan yang paling penting, saya ceritakan pasal lindungan takaful demi kebaikan semua, dan saya bukanlah ejen mana-mana takaful untuk mempromosikan tentang takaful.
Daripada saya menyesal sekali lagi sebab tak pernah cerita pasal takaful sebagaimana berlaku pada sahabat saya hari tu, lebih baik saya cerita sekarang. So, ‘beli’ takaful sekarang!
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2011
22 Dzulhijjah 1432
p.s. Saya juga ada seorang kenalan yang kematian suami disebabkan kemalangan, tetapi suaminya telah siap dengan lindungan melebihi RM1 juta. Setelah kematian suami, dia terus berhenti kerja (dan tak perlu kerja lagi sepanjang hayat) untuk fokuskan perhatian kepada dua orang anaknya yang masih kecil. Ini juga kisah live yang saya tengok depan mata sendiri.
Artikel berkaitan:
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 18 November 2011 17:11 )
Okt18
Awas, Penipuan Kad Kredit Terbaru!
Mohd Zulkifli Shafie
Rencana

Baru tak sampai sebulan dapat kad kredit (kad kredit pertama dalam hidup saya), dah rasa tak senang bila ada usaha untuk menipu dengan kad kredit tu. Saya apply kad kredit dua bulan lepas untuk register akaun paypal (untuk internet transaction) dan dalam masa yang sama meminimumkan duit tunai untuk modal pusingan bisnes saya. Maksudnya, kalau saya dapat order yang besar, saya tak perlu keluarkan cash beli barang untuk hantar pada customer. Tapi, saya just slash kad kredit dengan supplier, dan bila customer buat payment, saya terus settlekan kad kredit tu. So, tak payah pakai cash sebab kalau cash banyak sangat, ia dah jadi tak efisien. Daripada duit terbiar macam tu, lebih baik beli emas ataupun silver.
Ceritanya macam ni. Last week saya dapat call daripada individu yang kononnya "Call Center" kad kredit. Dia offer macam-macam tawaran yang kononnya akan menjimatkan saya. Untuk terima tawaran tu, dia perlu SAHKAN kad kredit saya. Masa dia call tu saya ada terfikir juga, kalau dia benar-benar "Call Center", sepatutnya dia dah ada semua maklumat saya. So, kenapa perlu lagi sahkan maklumat. Just hantar jer lah good offer tu, kalau ada.
Masa dia nak buat pengesahan tu, saya dah rasa tak sedap hati. Saya layan juga dia sebab saya fikir ini memang betul-betul Call Center sebab dia tahu maklumat saya; nama penuh, nombor telefon, nombor 16 angka kad kredit saya, dan tarikh luput kad kredit tu. Keraguan saya terus memuncak bila dia nak SAHKAN 7 nombor rahsia bahagian belakang kad kredit tu! Apa yang saya ingat, pengawai bank yang serahkan kad tu dulu pesan 3 nombor terakhir tak boleh dedahkan pada sesiapa sekalipun!
Nombor Handphone, Sah Penipu!
Saya terus tanya. "Eh, bukan ker nombor ni tak boleh dedahkan pada sesiapa kan?"... Dia jawab, "Oh, ok... kalau encik rasa tak boleh dedahkan, nanti kami hantar surat pada encik dan kami akan call lagi encik nanti"... Habis...
Hati saya tak sedap, saya terus contact Call Centre Maybank yang tertera belakang kad kredit tu. Pegawai tu tanya saya samada pemanggil tu guna nombor handphone atau fixed line? Hah... confirm penipuan sebab caller tu guna nombor handphone. Call Centre hanya akan call kita guna nombor fixed line. Keduanya, dia tanya saya apa maklumat yang saya dedahkan? Saya dah dedahkan semuanya kecuali 3 nombor terakhir belakang kad kredit tu. Untuk selamat, dia cadangkan saya cancel kad tu, dan Maybank akan keluarkan kad baru. So, saya terus cancel. Huh... lega rasanya... Tapi masih rasa tak senang hati sebab in future, benda ni boleh lagi berlaku selagi saya guna kad kredit!
Jauhi Kad Kredit a.k.a Kad Hutang!
So, saya syorkan sahabat semua, kalau tak ada keperluan untuk pakai kad kredit, lebih baik tak payah pakai sebab kad kredit ni lagi susah dari jaga cash. Terlepas kad tu pada orang, lebih bahaya dari terlepas cash pada penyamun!
Bila saya google di internet, rupa-rupanya benda ni memang dah lama berlaku, cuma mangsanya jer yang berbeza. Siapa yang naif tentang kad kredit, dan excited dengan tawaran hebat yang bakal mereka 'hadiahkan', memang mudah terkena. Kita sangka ianya rezeki, tapi ia boleh jadi mimpi negeri!
p.s. saya decide tulis artikel ni sebab baru jer terima panggilan kedua dari penipu berlainan yang gunakan modus operandi yang sama. Saya masih wonder, adakah benar pihak bank yang dedahkan maklumat kad kredit saya, ataupun ada 'hantu' dalam bank tu yang kerjanya jual info sulit pemegang kad kredit tu kepada 'penyamun' di luar?
Sep05
Bongkar Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah'
Mohd Zulkifli Shafie
Rencana

Saya tengok, ramai orang yang hebat-hebat, tapi dia tak manfaatkan kekuatan dia. Dia lebih banyak berkeluh kesah dengan kelemahan, berbanding memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi. Akhirnya, dia tak ke mana. Padahal, Tuhan dah bagi pakej yang cukup untuk dia berjaya.
Kisah Budak Kampung Terer
Masa di kampus dulu, saya ada seorang sahabat pelajar terbaik sekolah luar bandar. Budak kampung, tapi terer English, iaitu subjek yang paling digeruni oleh budak-budak kampung di Kelantan macam saya. Sampaikan dia tahu dan boleh cakap English American ataupun British. Pasal grammar tu tak payah cerita, dia boleh hurai lagi bagus dari lecturer yang ajar subjek English.
Cuma kekurangan dia ialah dia lemah subjek-subjek yang saya terer iaitu subjek kira-kira macam Matematik. Kalau subjek menghafal, bahasa, management, itu semua dia score! Tapi kalau subjek Matematik, Akaun, itu giliran saya! Kalau datangnya subjek bahasa, atau perlukan menghafal, menghurai, memang saya agak kecut perut dengan dia. Tapi saya fikir, saya akan kuat dengan subjek yang saya kuat, dan yang lemah tu saya buatlah seadanya… Dan akhirnya, saya juga ‘dinobatkan’ sebagai best student untuk batch ketika tu! (Alhamdulillah…)
Kuatkan Diri Dengan Apa Yang Kita Kuat
Cuma apa yang saya kesian ialah sahabat saya tu surrender separuh jalan. Menjelang final exam semester pertama, dia jadi macam orang tak betul. Dia terlalu nak berjaya dan nak jadi terbaik dari yang terbaik, tapi saya cuma nak jadi diri saya jer. Terbaik dengan apa yang saya ada jer.
Hujung semester dia berhenti belajar sebab nak ambik STPM sebab lebih cepat boleh complete degree berbanding ambik Diploma katanya. Tapi bila fikir balik, dia silap. Dia cancel ambik STPM, dan masuk balik belajar. Final exam dia skip dan terpaksa repeat semester 1 balik, sedangkan saya dapat score 4.0 (four flat) masa sem 1!
Masa saya sem 2, dia masih di sem 1. Dia dok mengeluh sepanjang masa dengan subjek yang dia lemah sampai akhir sekali, dia jadi gila! Terpaksa berhenti belajar, masuk hospital sakit jiwa. Dan berita terakhir yang saya dapat, dia mati kemalangan masa kakaknya bawa dia merawat di Shah Alam. Dia keluar sendirian dari rumah, tapi orang jumpa mati di Nilai… Innalillahi wa inna ilaihi rooji’uun…
Bongkar Kekuatan, Jangan Pedulikan Kelemahan
Ini satu daripada banyak kisah yang saya tengok sendiri dengan mata kepala. Orang yang Tuhan bagi kelebihan, tapi dia tak ‘hargai’ dan manfaatkan kelebihan tu, sebaliknya duduk mengeluh dengan kekurangan. Sedangkan Tuhan bagi setiap orang cukup pakej untuk berjaya, cuma pakej setiap orang tu berbeza.
Saya ada ramai kawan yang terer berniaga, tapi bisnes diorang tak ke mana berbanding kami suami isteri yang memang tak pandai berbisnes asalnya. Puncanya, mereka terlalu LAYAN kelemahan. Sepanjang masa dok cakap dan mengeluh pada apa yang dia lemah.
“I tak boleh buat bisnes sebab husband/ wife tak support!”
“Saya tak boleh buat bisnes sebab ada anak-anak kecik”
“Saya tak boleh buat bisnes sebab sibuk kerja”
“Saya tak bolah buat bisnes sebab tak ada modal”
Bila kita dok fikir tentang kelemahan/ masalah, kita akan jadi lemah tapi kalau kita fokus pada apa yang kita kuat, kita akan jadi kuat… Jangan layan sangat masalah tu sebab sepanjang masa Allah akan bagi kita masalah. Nabi yang Tuhan sayang pun Tuhan bagi masalah, inikan pulak kita orang biasa…
Buat Bodoh Jer Dengan Masalah
Masalah tak akan berhenti… lepas settle satu masalah, Tuhan akan bagi masalah yang lain pulak. Masalah akan sentiasa ada sampailah kita mati sebab Tuhan dah bagi tahu, hidup ni adalah untuk Dia uji siapa yang lebih baik amalannya. Kalau kita tunggu semua masalah selesai baru nak bermula dan berjaya, alamatnya kita akan tak akan bermula…
Cuba cek betul-betul, siapa yang tak ada masalah?
Kita fikir orang kaya tu tak ada masalah, padahal orang kaya tu lagi banyak masalah daripada kita. Kita fikir ustaz-ustaz tak ada masalah, sedangkan mereka pun ada banyak masalah, cuma beza antara orang berjaya dengan orang biasa ialah mereka tak layan masalah. Tapi orang biasa suka layan masalah.
Ada masalah mengeluh kat facebook. Ada masalah, asyik terfikir-fikir dan mengeluh sepanjang masa. Dalam tak sedar, dia melemahkan diri sendiri dengan kelemahan sendiri. Padahal, kalau dia buat bodoh jer dengan kelemahan/ masalah, dia jadi semakin kuat. Ada masalah, cari jalan selesaikan apa termampu. Dalam masa sama, manfaatkan segala kelebihan yang Tuhan bagi.
Buat Setakat Boleh, Serahkan Pada Tuhan
Kalau ikutkan, kami pun susah nak berniaga. Orang yang ada anak 2 pun dah mengeluh tak ada masa, penat dengan kerenah anak, inikan pulak kami yang ber-anak 5! Nak hantar rumah orang bila nak keluar buat bisnes, siapa berani ambik 5 orang anak kecik sekali gus? Nak hantar dekat keluarga, keluarga pun jauh. Tapi kami buat bodoh jer dengan masalah. Buat seadanya.
Kalau nak disenaraikan masalah, kami boleh buat senarai panjang untuk masalah kami untuk tak libatkan diri dengan bisnes, tapi itu sebenarnya cara membunuh diri! Kita boleh mati sebelum mati kalau dok layan masalah…
Dalam 'Masalah', Najdah Untung 200%!
Bulan puasa hari tu, Najdah jual biskut raya. Semua orang ‘wonder’ macam mana Najdah boleh buat biskut sambil layan kerenah anak-anak bulan puasa. Nak kena hantar dan ambik Aisyah sekolah. Nak kena siap-siap Aisyah & Amal pergi sekolah. Nak kena keluar beli baking ingredient. Nak kena dukung Fathi dan Hifdzi sekali gus setiap kali keluar rumah. Bila bawak kereta, Hidzi nak duduk atas riba. Kereta pulak manual, bukan automatik! Macam mana yer? (Saya pun buntu)…
Kalau ikutkan susah, memang tak berniaga la jawabnya. Tapi Najdah buat bodoh jer dengan susah. Buat apa yang boleh, mintak Tuhan tolong yang selebihnya..
Senaraikan Kekuatan, Manfaatkan Kekuatan
Akhir sekali, alhamdulillah… banyak betul rezeki Najdah dalam masa 2 minggu terakhir Ramadhan… betul-betul luar jangkaan saya. Keuntungan sebenar yang dia dapat lebih 200% dari apa yang saya jangka. Dengan duit biskut raya tu lah Najdah buat beli baju raya kami sekeluarga. Dapat pulangkan balik 100% modal asas yang saya pinjamkan dari core bisnes kami. Dapat tambahkan ‘duit poket’ untuk mentua di kampung. Beli hadiah raya untuk anak-anak sedara. Dan 1/10 dimasukkan ke dalam tabung infaq. Alhamdulillah… Duit lain tak kacau pun…
Apa yang saya nak syorkan sahabat semua ialah buat satu senarai panjang kekuatan atau kelebihan yang Allah bagi pada kalian. Then, manfaatkan kekuatan tu betul-betul… Kalau ada masalah, cari jalan keluar… buat apa yang boleh, selebihnya serah pada Tuhan. InsyaAllah, Tuhan akan lorongkan jalan keluar untuk kalian…
Manfaatkan Bisnes Untuk Mendapat Taqwa
Kejayaan sebenar kita dalam berniaga bukanlah berapa banyak duit yang kita dapat, tapi siapa kita jadi lepas lalui proses berniaga tu. Susah payah dalam berniaga tu adalah proses untuk kita jadi orang lebih baik i.e. bertaqwa… Duit tu cuma ‘reward’ atas kejayaan kita memperbaiki diri. Ia bukan kejayaan sebenar sebab duit tu akhir sekali kita akan tinggalkan, tapi diri kita inilah yang kita akan bawa balik pada Tuhan nanti… Moga dengan berniaga juga kita dapat jadi muslim dan mukmin yang lebih baik di sisi Tuhan, insyaAllah.
Wallahu a’lam…
Zulkifli
Damansara Heights
5 September 2011
7 Syawal 1432
Kesimpulan:
-
Setiap orang Tuhan bagi pekej yang cukup untuk berjaya. Tapi pakej setiap orang tu adalah berbeza.
-
Tuhan jadikan setiap orang tu hebat, tapi kehebatan setiap orang tu berbeza.
-
Selagi hidup, kita tak akan terlepas daripada masalah. Masalah adalah sebagian daripada kehidupan.
-
Kalau kita fokus pada kekuatan/ kelebihan yang kita ada, kita akan jadi kuat. Tapi kalau kita sentiasa fokus, fikir, layan kekurangan/ kelemahan yang ada, kita akan jadi lemah.
-
Semua masalah yang Tuhan bagi adalah proses untuk jadikan kita lebih baik. Selagi tak melibatkan dosa, masalah bukanlah sebenar-benar masalah.
-
Orang berjaya ialah orang yang memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi, dan menjadikan setiap masalah yang datang adalah proses untuk membentuk diri.
Artikel berkaitan:
Ogo18
Produk Emas Public Gold Yang Mana Lebih Untung?
Mohd Zulkifli Shafie
Kuliah

Saya baru perasan, rupa-rupanya, Emas Dinar Public Gold (PG) banyak kelebihan berbanding Goldbar PG. Mungkin saya boleh katakan syiling emas 1 Dinar PG adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain. Cuba sahabat-sahabat bandingkan tiga (3) faktor di bawah:
Faktor #1: Kecairan Tinggi
Kecairannya lebih tinggi daripada goldbar disebabkan harganya murah. Kalau nak jual, kita lebih mudah dapat pembeli syiling 1 Dinar berbanding goldbar. Syiling dinar lebih murah berbanding goldbar disebabkan:
(1) Ketulenan lebih rendah i.e. emas 916 berbanding goldbar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.
(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.
Kalau nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau goldbar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.
Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah
Spreadnya rendah iaitu cuma 6% - sila rujuk carta berbandingan spread emas public gold. Spreadnya sama dengan spread goldbar 20 gram yang harganya 5 kali ganda lebih tinggi, bahkan spread syiling 1 Dinar (6%) lebih rendah berbanding spread goldbar 10 gram (8%).
Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli syiling 1 Dinar dah dapat untung 4% (10% - 6% spread) berbanding pembeli goldbar 10 gram yang cuma untung 2% (10% - 8% spread) jer.
Setakat yang saya perhati, syiling dinar paling banyak permintaan ialah syiling 1 dinar dan goldbar paling tinggi permintaan ialah goldbar 20 gram. Goldbar 10 gram agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya paling tinggi. Saya nasihatkan, daripada beli goldbar 10 gram, lebih baik beli syiling 1 dinar.
[Nota: Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100]
Faktor #3: Permintaan Paling Tinggi
Permintaannya syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada goldbar terutamanya masa harga emas mencanak naik. Orang yang modal kecik macam student pun mampu beli syiling 1 Dinar. Emas dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa nak baru nak bermula.
Lagi satu, orang suka beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan, tapi saya tak pernah dengar orang guna goldbar untuk maskahwin.
Syiling 1 Dinar PG Lebih Baik Dari Goldbar PG
Jadi, saya syorkan sahabat-sahabat semua, jangan risau nak ‘melabur’ dalam emas walaupun modal kecik sebabnya orang yang beli 1 syiling Dinar Public Gold SAMA untungnya dengan orang beli goldbar 20 gram yang harganya jauh lebih mahal. Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
18 Ramadhan 1432
Artikel berkaitan:
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 19 Ogos 2011 00:32 )
Ogo17
8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi
Mohd Zulkifli Shafie
Rencana

Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.
Kena ingat, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% - 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:
Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit, belilah barang kemas 916 sahaja.
Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.
Tip #4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.
Tip #5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.
Tip #6: Survey kos upah paling rendah. Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.
Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my
Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi. Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.
-
Tip Pelaburan Dengan Barang Kemas
-
Tip Menjadikan Barang Kemas Sebagai Pelaburan
- Cara Memaksimakan Keuntungan Dengan Barang Kemas
|